Posts

Showing posts from 2017

APMM TIDAK AKAN SEKAT BOT PELARIAN ROHINGYA DAN BERIKAN PENGINAPAN SEMENTARA

Image
Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (APMM) tidak akan menghalang bot pelarian rohingya yang memasuki perairan Malaysia dan akan memberi penginapan sementara buat mereka... Sumber: Reuters

6 PROGRAM BAKAL DISUSUN UNTUK PELARIAN ROHINGYA DI MALAYSIA - Zahid Hamidi

Image
 1. Kerajaan akan adakan penempatan baru tersusun untuk pelarian rohingya yang berada di Malaysia. 2. Memberikan latihan vokasional mahir dan separa mahir untuk diserapkan didalam sektor perkerjaan dan pembiyaan latihan mereka akan di tangung oleh Kementerian Sumber Manusia dan sebahagian dari kem PLKN akan digunakan sebagai tempat latihan mereka. 3. Kementerian pendidikan akan berkerjasama dengan ngo-ngo rohingya, myanmar dan antarabangsa bagi memberikan / meneruskan pendidikan pra-sekolah dan sekolah rendah mengikut sistem pendidikan myanmar kepada anak-anak rohingya yang berada di Malaysia. 4. Kerajaan akan memberikan pembayaran premium bagi insuran coverage kesihatan orang-orang rohingya. 5. Tenaga kerja pelarian rohingya akan di salurkan ke sektor perladangan dan pembinaan, setelah tamat latihan vokasional mereka. 6. Akan berkerjasama dengan UNHCR untuk menghantar pelarian rohingya ke negara dunia ketiga atau menghantar pulang mereka ke myanmar sekiranya ke

EKONOMI IKAN KEMBUNG

Image
SUATU masa dahulu, ia dikenali sebagai ikan hidangan orang miskin. Tetapi apabila ada cakap-cakap mahu meletakkannya sebagai barang kawalan, ikan kembung barangkali petunjuk ekonomi yang lebih realistik bagi rakyat Malaysia terbanyak dan bukannya angka-angka pertumbuhan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Harga ikan daripada keluarga tuna itu meningkat sejak kebelakangan ini berdasarkan pada kunjungan biasa ke pasar, sejak pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 2015. Satu lagi faktor lain kenaikan harga minyak. Sebelum GST, ikan kembung di pasar dijual pada sekitar RM8 sekilogram. Sejak setahun lalu, harga ikan kembung, ikan yang menentukan paras harga ikan pelbagai jenis yang lain, turun naik antara RM16 hingga RM22 sekilogram di serata negara. Ini mengakibatkan pengguna terpaksa menyesuaikan pemakanan mereka selain membeli dengan kuantiti yang kurang. “Kalau dulu beli sekilo, sekarang beli setengah kilo. Kami tinggal berdua, bolehlah tahan tiga hari,” kata

ISU BENDERA INDON: KJ DI SABOTAJ

Image
Sebelum pembukaan rasmi sukan sea, banyak cerita-cerita mengenai kegagalan dan ketidak puasan hati atlet dan petugas bergetanyangan di media sosial... Sebagai contoh, pasukan bola sepak thailand merungut kerana terpaksa menaiki teksi pergi ke padang latihan kerana tiada transport untuk pic up mereka... Penyokong pasukan myanmar pula mengadu, tidak mendapat tiket untuk menyaksikan perlawanan bola sepak, stadium kosong tapi tiket sold out... Ada petugas sukarelawan yang mengadu dalam laman sosial mengatakan mereka tidak diberi makan dan t-shirt rasmi untuk petugas tidak diberikan sepenuhnya kepada mereka, kalau ada pun yang bersaiz M di beri t-shirt bersaiz XXL... Brunei juga turut mengadu yang mana berlaku kesilapan pada warna bendera mereka di score board... Malaysia bukan pertama kali menjadi tuan rumah acara sukan besar, kita pernah menganjur sukan yang jauh lebih besar dari sukan sea... Tapi kesilapan-kesilapan bodoh ini aku nampak bukan kesilapan te

Dan Keputusannya... SPR Menang Lagi Dan Azmin Kalah Lagi Dan Lagi

Image
2 keputusan mahkamah rayuan selang sehari. pertama merujuk kepada kes persempadanan semula negeri melaka. kemudiannya keputusan mahkamah rayuan untuk kes di selangor. dalam keputusan bersejarah ini, mahkamah rayuan telah memihak kepada SPR untuk mengenepikan keputusan mahkamah tinggi ( melaka/selangor ) untuk tidak membenarkan SPR melakukan persempadanan semula di melaka dan selangor. pada minggu pertama hari raya, azmin ali dengan bangga bagitau beliau dokong keputusan mahkamah tinggi shah alam untuk tidak membenarkan proses persempadanan semula dilakukan di selangor. azmin kata ini kemenangan rakyat. bila mahkamah rayuan 2 hari lepas umum SPR boleh teruskan proses, harap azmin ali pun boleh cakap ini kemenangan rakyat. dalam kes melibatkan SPR dan lawannya bersih, semuanya di anjak dan diheret ke mahkamah. ini proses demokrasi, sapa yang tak puas hati , heret SPR ke mahkamah. di pihak SPR pula, tiada masalah untuk mereka berlawan hujah. mahkamah tempat terbaik unt

Ezam Hilang Sejak Seminggu Lalu...

Image
SABAK BERNAM - Kehilangan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun sejak seminggu lalu membuatkan sebuah keluarga di Sungai Lias, Sungai Besar di sini meminta jasa orang ramai membantu mengesannya. Ibu remaja terbabit, Norsa'odah Zakaria, 52, ketika ditemui berkata, kehilangan anak bongsunya daripada lapan beradik itu disedarinya pada Sabtu lalu selepas Ezam Muhammad Noor tidak pulang sejak mula keluar dari rumahnya pada hari yang sama kira-kira pukul 9 pagi. "Sampai ke hari ini anak saya (Ezam Muhammad Noor) tidak dapat dikesan. Puas kami sekeluarga cari di sekitar kawasan Sungai Besar dan Sekinchan tetapi tak jumpa," katanya yang telah membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya di Balai Polis Sungai Besar baru-baru ini. Tambah Norsa'odah, dia berharap anaknya itu dapat pulang semula ke pangkuan keluarga selain memaklumkan rasa bimbang jka kejadian yang buruk menimpa Ezam Muhammad Noor. "Sebagai seorang ibu, sudah tentulah perasaan bimbang terhad

Persempadanan Pilihanraya: Betul Ke Azmin Menang SPR Kalah...?

Image
ada 2 perkara atau keputusan penting mahkamah tinggi dalam judgement mereka pada 5 julai lalu. 1) keputusan mahkamah tinggi pada 5 julai lalu membenarkan kerajaan negeri selangor  untuk menghalang SPR menyerahkan laporan kepada PM untuk dibentangkan kepada dewan rakyat . dan 1 ) MAHKAMAH PADA MASA SAMA TIDAK BERKATA UNTUK MENGHALANG SPR DALAM MENERUSKAN PROSES SIASATAN TEMPATAN UNTUK KALI KE 2 BAGI PERSEMPADANAN SEMULA NEGERI-NEGERI TANAH MELAYU. dalam perihal politik yang membabitkan kebanyakan isu undang-undang atau mana-mana isu politik yang boleh diheret ke perundangan, mahkamah adalah tempat dan caranya untuk menyelesaikan masalah. sebelum ini pihak pembangkang sudah 7 kali mengheret SPR ke mahkamah untuk pelbagai isu yang mereka bangkitkan sejak tahun lepas.... SPR tak melatah atau berkata proses perundangan tak adil.  sebaliknya SPR lawan sampai habis.. keputusannya 7 kes ini akhirnya di menangi SPR di peringkat mahkamah lebih tinggi. cakap azmin

Cadangan BODOH daripada BERSIH

Image
selama ini bersih dok mencanang sistem pilihanraya tidak adil. daripada fitnah pengundi hantu dan 40 ribu bangla ( yang sampai ke hari ini gagal dibuktikan ) hinggalah memekak kepada perkara perkara leceh yang sebenarnya tidak ada apa-apa pun yang perlu di bisingkan. kenyataan terbaru maria chin untuk menggesa SISTEM PENGUNDIAN UNDI POS DIHAPUSKAN merupakan satu lagi usaha tidak demokratik daripada bersih yang menafikan HAK PENGUNDI. harus difahamkan undi pos ini lebih terarah kepada golongan wartawan, pelajar-pelajar di luar negara, staf kakitangan malaysia di luar negara yang tidak boleh/sempat balik disebabkan faktor kerja dan pelajaran. menafikan hak puluhan ribu undi pos ini sebagai pengundi merupakan kerja anti demokrasi. di kala mereka menuduh SPR tidak bersih ( tuduhan yang banyak kalah dalam mahkamah ) ...mereka juga merupakan pemula untuk bertindak tidak adil kepada pengundi undi pos. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/06/02/lets-have-no-more

Sampai Sekarang BERSIH Masih Lagi Sebuah Pertubuhan HARAM...

Image
Soalnya sekarang ni, kenapa pendaftar pertubuhan ROS masih lagi membiarkan BERSIH bermahajaralela... Bukankah BERSIH sebuah pertubuhan haram? kenapa pihak ROS tidak berani mengambil tindakan terhadap BERSIH? minggu lepas maria chin pengerusi bersih umum satu benda. bersih nak lancar kutipan awam untuk mintak dana pru 14. mintak dana dan kutipan daripada public. kalau ikut undang-undang dah salah. tapi kerajaan sampai sekarang diamkan aje . ngo bersih juga telah bertahun beroperasi. kata maria, dia nak cari sekurang-kurangnya 500k untuk operasi setahun. bersih ni wujud sejak 2008. sekarang dah nak masuk 2018. hampir 10 tahun beroperasi ..TAPI SAMPAI SEKARANG BERSIH TAK REGISTER DENGAN ROS. ROS maksudnya pendaftar pertubuhan. sebagai ngo bukan profit sepatutnya bersih lebih telus untuk mendaftarkan diri dengan ROS. kenapa tak daftar ? apa yang hendak diselindungkan ?

Pembangkang Kering Modal, Timbalan Pengarah SPR Selangor Pula Di FITNAH...

Image
Berhubung laporan yang disiarkan dalam portal berita Free Malaysia Today yang bertajuk 'Only 1170 new military voters in Selangor - say EC' yang telah memetik nama saya sebagai memberi kenyataan berkaitan status senarai Tuntutan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Tahun Pertama 2017  yang sedang dipamerkan.  Saya ingin menjelaskan bahawa pada hari berkenaan saya tidak pernah memberi apa-apa kenyataan atau penjelasan kepada mana-mana pihak media berkaitannya.  Laporan tersebut telah menimbulkan kekeliruan dan salah tanggapan dikalangan pembaca. Sehubungan dengan itu, saya menyatakan rasa kesal terhadap pelaporan berkenaan yang melanggar etika kewartawanan dengan memetik nama saya sebagai sumber maklumat laporan berkenaan tanpa merujuk dan meminta kebenaran secara langsung dengan saya. Saya memohon supaya berita tersebut ditarik balik atau dibuat pembetulan dengan tidak menggunakan nama saya sebagai sumber laporan tersebut kerana saya tidak pernah mengelu

Memahami pembohongan pembangkang...

Image
Dulu mereka kata barisan nasional mengimport 40 ribu pengundi hantu dari bangladesh untuk turun mengundi dalam pru 13, tapi sampai sekarang pun pembangkang masih lagi belum buat polis report dan dapat memberikan bukti kukuh, tuduhan mereka hanya hearsays... Lepas tu pulak, untuk menyedapkan cerita, tak pasal-pasal dituduh pula, perdana menteri bangladesh pun turut bersekongkol dalam penghantaran 40 ribu pengundi hantu itu ke malaysia, sekali lagi pembangkang tak mampu beri bukti kukuh, tuduhan mereka berdasarkan satu cetakan akhbar yang telah di superimpose, mereka menipu kemudian mereka percaya dengan penipuan yang mereka buat... Yang ini paling lawak, masih ingat lagi ayat "we have enough numbers" itulah ayat power anwar ketika memperbodohkan rakyat dan penyokongnya konon ada ahli parlimen dari sabah dan sarawak akan melompat masuk pembangkang... Sekali lagi mereka cuba meyakinkan rakyat yang pembangkang sebenarnya telah menang dalam pilihanraya dan akan menubuhkan

Pembangkang Pagar Pejabat SPR..

Image
Ini namanya kerja bodoh namanya... Kerja sia-sia... Kerja yang cari penyakit... pejabat spr sebentar tadi telah dipagar oleh pemuda pembangkang. ini kerana mereka tak dapat sampaikan memorandum kepada SPR. mereka mula menunjukkan siri contoh-contoh yang bakal dipertontonkan menjelang pru 14. isunya mengenai rang daftar pemilih tambahan , lebih merujuk kepada senarai nama pengundi baru. hakikatnya SPR dah wartakan/pamerkan  kat 960 tempat untuk parti politik melihat senarai yang baru. https://www.themalaysianinsight.com/s/2775/ Suruhanjaya Pilihan Raya menerima 326, 905 permohonan pendaftaran bagi suku tahun pertama dengan 242,691 pendaftar baru dan 84,214 melibatkan pertukaran alamat bahagian pilihan raya, – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Mei, 2017. SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan mula mempamerkan senarai permohonan pendaftaran pemilih bagi tempoh suku tahun pertama selama 14 hari bermula esok di 960 tempat di seluruh negara. Setiausaha SPR, Abdul G

Bingai Khalid Samad Di Tahap Maximum...

Image
Si lahabau ni petikai kenapa tetiba ada peningkatan mendadak pendaftaran pengundi baru.. Aku pon tak tau dah nak kata apa kat si lahabau ni... Bukan kah peningkatan pengundi baru tu hasil dari kempen pembangkang yang suruh orang pi daftar mengundi? Dah tu kenapa kau nak pertikai lagi... Maknanya kempen daftar undi yang ko buat tu berkesan la sengal... Kat sini nampak sangat si lahabau ni bingai... Kau buat kempen kemudian dulu kononnya pru hujung tahun 2016, so orang ramai pi lah daftar, kemudian bila ada peningkatan pengundi baru, ko pelik, ko pertikai pulak... Ini semua tak de benda lain la ni, nak salahkan umno, nak kenakan SPR... Bukan aku tak tau trick si lahabau ni... Otak mana otak...? SUMBER

Pelbagai Gimik Yang Bersih Buat Untuk Tutup Malu Kalah 7 Kali...

Image
pertubuhan haram BERSIH terpaksa memikirkan pelbagai gimik untuk menutup malu mereka kerana kalah 7 kali di mahkamah... mereka terpaksa memikirkan pelbagai gimik untuk sekali lagi meraih simpati rakyat kononnya mereka teranaya dengan sistem kehakiman negara kita... sistem pilihanraya di malaysia antara yang paling 'mengikut' kehendak pembangkang. nak dakwat hitam, SPR bagi dakwat hitam. ( SPR nak perkenal sistem biometrik dorang taknak ) nak ada wakil dalam proses undi awal, SPR bagi. nak suruh tukat peti undi transperan, SPR ikut. nak suruh segerakan daftar pengundi baru, SPR tiap suku tahun pamer nama. cubaan nak tuduh SPR berat main berat sebelah dalam isu pendaftaran pengundi baru agak sukar untuk bersih taji.. ini kerana tiap suku tahun SPR akan pamer ratusan ribu nama pengundi baru. paling best, tahun lepas iaitu suku tahun ke 3 2016. terdapat hampir 500 ribu pengundi baru layak mengundi telah didaftarkan oleh SPR. masih tak telus

Kawasan Perkuburan Mangsa 13 Mei..

Image
A landscape view of the exact burial ground location of the 13 May 1969 racial riots victims in Sungai Buloh, Selangor. The burial ground is located opposite the UITM Sungai Buloh campus and sits on a hill behind Masjid Jamek Ibnu Sina. For nearly five decades a small gravesite, barely the size of two badminton courts, with 114 tombstones – an Indian, two Malays and 111 Chinese (including an unidentified one), all buried courtesy of the Malaysian government - on a slope in the jungle beyond the furthest reach of what was then the Sungai Buloh leprosarium, was largely ignored and unknown. In those decades years of neglect, lallang and weeds encroached and hid it from view, while the leprosarium declined in tandem with the medieval disease. A tombstone of an unidentified Chinese at the burial ground of the 13 May 1969 racial riots victims in Sungai Buloh, Selangor. Until the leprosarium was demolished to make way for the Sungai Buloh Hospital, and a few hundred

Nurul Izah Master Of Propaganda ???

Image
Ini ke yang dikatakan "nurul izah master of propaganda"? nampak macam bodoh je... Nampak macam dah tak ada idea... Apa pun korang baca la sampai habis, baru korang tau si anak anwar ni master of propaganda ke idak... dalam seminggu ini ada 2 perkara berlaku. isunya adalah sama. kehadiran naib presiden pkr, nurul izah ke pejabat SPR dan disusuli juga dengan kehadiran ahli parlimen klang ke pejabat SPR. isu yang ditimbulkan adalah ke terhad an masa untuk   ( pengundi baru ) membantah  SPR. pilihanraya di malaysia dan berlangsung selama 13 kali. selama 13 kali PRU ini jugalah pelbagai proses penambahbaikan dilakukan oleh SPR demi mengikuti keadaan dan kehendak semasa pada waktu itu. dahulu pengundi tak perlu ditanda dakwat hitam. pembangkang desak dakwat hitam, SPR ikut. hakikat dan realitinya sistem biometrik lebih efisen dan telus berlaku di seluruh dunia, tapi dakwat hitam yang mereka mahu. dulu pembangkang takde wakil dalam proses pengundian awal memba

Kerana Beri Zakir Naik PR, HINDRAF Mohon 9 Perkara Untuk Saman Kerajaan Malaysia...

Image
Inilah dia 9 perintah yang di mohon oleh Hindraf dalam saman kepada Kerajaan Malaysia kerana memberikan taraf PR kepada Dr Zakir Naik....

Ketaksuban Ahli PAS Melangkaui Akal Waras...

Image
memang la tak kena bangang... ulama ko nyorok dalam bangunan...

Choose To Register, Choose To Vote, Message From SPR

Image

Pembangkang Makin Sangap, Tak Habis-Habis Fitnah SPR & BN

Image
kalau NGO bersih kasi propa pilihanraya di malaysia tak adil ini dah kedengaran lama. bila kempen propa tak jalan, ong kian ming masuk kasi tambah lauk untuk perkuat hujah sistem pilihanraya tak adil. trend dan kaedahnya sama. kasi kompang teknikal tak adil TANPA BAGITAU BENDA YANG DI DAKWA TAK ADIL ITU SEBENARNYA ADA DALAM PROSES SISTEM PILIHANRAYA. contohnya begini. ong kian ming 2 hari lepas keluarkan kenyataan dan kompang kuat ramai pengundi baru tak boleh jadi pengundi rasmi pasal alamat tak lengkap, alamat meragukan. jawapan pada propa di atas.  pihak yang terbabit ( ong kian ming ) punyai kelayakan UNTUK PROVE KAN VALIDITY DAKWAAN. rayu dan lawan semula. memang termaktub boleh merayu dalam akta pilihanraya . takde nak selindung atau apa nya. isu begini dah berlaku sejak 13 pilihanraya lepas. sama kes, sama jawapan. tak puas hati lawan dalam mahkamah. begitu mudah nak heret SPR ke mahkamah. dah banyak kes pembangkang heret SPR dalam mahkamah. mahkamah decide SPR ada puny

Kami tidak perlukan Zakir - S. Subramaniam

Image
PENDAKWAH dan ulama Islam Dr Zakir Naik tidak diperlukan di negara ini kerana sumbangan beliau memajukan Islam tidak menguntungkan Malaysia, kata Menteri Kesihatan Dr S. Subramaniam semalam. "Kami boleh melakukannya tanpa Zakir Naik, kerana beliau melakukannya di luar konteks Malaysia. Di sini, jika anda Buddha, yang anda lakukan dalam konteks Malaysia ... jika anda Hindu, anda lakukan dalam konteks Malaysia," kata Dr Subramaniam pada ucapan terakhir dialog Transformasi Negara (TN50) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Beliau berkata demikian susulan kebimbangan belia India, yang menyuarakan kemarahan terhadap kehadiran Zakir di Malaysia. Ada yang melabel pendakwah itu sekular, manakala yang menggesa kerajaan menyingkirkannya dari Malaysia dan membatalkan status pemastautin tetap beliau. Dr Subramaniam, yang juga presiden MIC, berkata Zakir bukan sekular sebaliknya fundamentalis yang mahu meneruskan agenda pelampau. "Adakah

Bunyi Kompang Ong Kian Meng Sumbang...

Image
 semalam ong kian ming keluarkan kenyataan media. dia bising pasal ramai pendaftar baru tak boleh mengundi. dia punya detail siap bagitau lokasi parlimen dan dun mana yang terbabit. beberapa hari sebelum itu mereka pergi pejabat SPR selangor. macam biasa la, propa kompang untuk bikin drama. hakikatnya kalau ikut cerita , SUSUR GALUR apa-apa bantahan mengenai penolakan SPR terhadap perkara meragukan adalah biasa. dah 13 kali pilihanraya umum. begitulah cerita dan jalannya. akan ada persempadanan semula dan pengundi baru, jika tak puas hati , boleh buat objection kat SPR. dah termaktub dalam undang-undang. semua parti tahu prosedur ini. yang ong kian ming buat bising semalam adalah. DIA HAIRAN SPR TOLAK PENGUNDI PASAL ALAMAT MERAGUKAN. DIA HAIRAN PEMGUNDI DITOLAK PASAL ALAMAT TAK DAPAT DIKESAN. OKB TAK HADIR BANTAHAN. 3 perkara yang AMAT BIASA KEDENGARAN KALAU NAK DEKAT PRU. jadi tugas ong kian ming bukannya bising pasal 3 faktor kat atas, sebaliknya KENA PROVE KAN kat SPR lah validit

41 tahun tragedi ‘Double Six’, kebenaran masih menjadi rahsia

Image
ISKANDAR Salleh berusia hanya lima tahun apabila diberitahu bapanya, bekas menteri kewangan Sabah Salleh Sulong, meninggal dunia dalam satu kemalangan kapal terbang. Namun, beliau sama sekali tidak menyangka ketika itu, trauma kehilangan yang tersayang akan membawa kepada pengalaman emosi dan psikologi pahit selama 41 tahun bagi pencarian kebenaran di sebalik kejadian tragis yang meragut 11 nyawa itu. Tidak lama selepas kemalangan 6 Jun 1976 itu, hasil siasatan pihak berkuasa Malaysia dan Australia dengan cepat mengklasifikasikannya sebagai rahsia negara dan diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi. Sejak itu, Iskandar dan ramai yang lain cuba membuka rahsia ini. Usaha terbaru mereka sekali lagi disekat awal minggu ini apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kepayan-DAP, Dr Edwin Bose mencuba mendapatkan penjelasan daripada Ketua Menteri Musa Aman terhadap "misteri tragedi itu". Jawapan pendek Musa adalah kes itu masih diklasifikasikan sebagai rahsia d

Najib desak aktivis media sosial pro BN jadi ‘nasionalis’

Image
PERDANA Menteri Najib Razak kini menggunakan segala yang ada untuk mengukuhkan kedudukan pada pilihan raya umum depan dengan mengumpulkan sokongan aktivis media sosial Barisan Nasional (BN). Dalam blognya hari ini, Najib berkata BN sudah terlalu lama berada pada “defensive mode” dan kini tiba “masa untuk menyerang”. “Kita mesti tangkas dalam respons kita dan tidak terperangkap, seperti berlaku pada hari mengundi dalam PRU13 di mana pembangkang menyebarkan berita palsu mengenai kononnya kita membawa masuk pengundi Bangladesh untuk mengundi, kononnya kita mewujudkan keadaan ‘blackout’ di tempat tertentu untuk memanipulasi undi.” Najib berkata pembangkang hanya berpegang kepada satu prinsip saja iaitu “Jika anda tidak boleh yakinkan mereka, maka kelirukan mereka”. Pengerusi BN dan presiden Umno itu berkata beliau yakin aktivis media sosial akan terus memainkan peranan mempertahankan kerajaan dan membantu mengekalkan BN di Putrajaya. Bagaimanapun, beliau menggarisk

GUAN ENG TERCIRIT KENA GEMPAK DENGAN SPR...

Image
minggu lepas guan eng kata nak heret SPR ke mahkamah. dalam propa guan eng ..GUA ADA PENDEDAHAN MENGEJUTKAN. tajuk guan eng memang gempak. macam biasa portal belah sana kasi up ini cerita jadi tajuk besar. wah apa pendedahan guan eng ni ? orang penang tak boleh mengundi ke ? orang melayu je ke boleh mengundi ? tajuk gempak perlu untuk menarik perhatian.  tapi sayangnya lepas guan eng kata tajuk gempak GUA ADA PENDEDAHAN MENGEJUTKAN.. guan kata  errrr nanti gua dedahkan. aiseyman.. takpe ahli politik perlu sensasikan isu. apatahlagi guan eng yang nampaknya penasaran menghitung hari kalau PRU 14 dap menang lagi di penang... boleh kah dia jadi ketua menteri ? ini pasal dap penang dah konsensuskan pendirian ketua menteri mestilah berjawatan penting dalam hirarki kepimpinan dap penang.. maka propa guan eng nak selamatkan penang nampak macam hero lah .. paham paham.. :) guan eng gempak SPR. hari ini SPR gempak balik guan eng. pengerusi SPR d

Mengemis’ demi dialisis

Image
Hidupnya ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah suami ditangkap polis akibat kes dadah, ibu bapa yang sudah tua pula jatuh sakit, dan dia pula disahkan menghidap masalah buah pinggang kronik. Tidak mampu mengerah kudrat yang ada untuk bekerja kerana turut menghadapi masalah semput yang serius, Elmawati Abdul Kadir, 37, tidak mempunyai cara lain untuk mencari wang bagi menanggung kos rawatan dialisis yang perlu dilakukan untuk meneruskan hidup, melainkan ‘menagih’ bantuan daripada orang ramai di kaki lima kedai. Wanita ini sanggup duduk di kaki lima kedai, ‘bermodalkan’ sebuah balang dan nota bertulis untuk memohon derma daripada orang ramai bagi rawatan dialisis. “Saya perlu menjalani rawatan mencuci buah pinggang sebanyak dua kali seminggu yang mana setiap rawatan saya perlu membayar sebanyak RM250 dan dalam tempoh sebulan, saya perlu membelanjakan sebanyak RM2,000 untuk kos rawatan sahaja. “Saya tidak mempunyai cara lain untuk mendapatkan wang dan terpaksa m

Bersih Seperti Komunis Di Zaman Darurat...

Image
Hahahaha... akhirnya 7 orang macai bersih menarik balik keputusan untuk mencabar permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menafikan hak mempunyai peguam mewakili mereka semasa prosiding cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan DUN di Kedah, Perak dan Johor. Kenapa mereka tarik balik? pasal mereka sendiri sudah tidak confiden dengan hasutan bersih... Memang selama ini SPR cukup telus dalam hal pesempadanan kawasan pilihanraya... Kalau SPR tak telus, mana mungkin pembangkang dapat menguasai selangor, penang, kelantan dan menang banyak kerusi di kuala lumpur... Apa pun kini maruah bersih sudah tercalar... Kini rakyat melihat bersih sebagai sebuah ngo yang hanya mahu menggangu sistem pilihanraya malaysia... Bersih sudah seperti komunis dizaman darurat dulu, suka menaggu keharmonian negara...

Bersih Makin Terdesak, Hasut Rakyat Bantah Persempadanan Semula...

Image
Ngo haram Bersih semakin terdesak... Mereka sudah kehabisan modal untuk memburukan SPR... Macam artikel aku kelmarin... Kebanyakan mp-mp pembangkang dah sedar kepentingan persempadanan semula yang dibuat oleh SPR tu... Banyak mp dah mula buka mata yang persempadanan dibuat oleh SPR tu telus... Jadi bersih dah kehabisan modal, bila mana mp pembangkang pun dah tarik hand brake dan menjauhi mereka... Maka bersih mula gunakan taktik jahat dengan menghasut rakyat supaya menolak dan membantah persempadanan kawasan pilihanraya yang dibuat oleh SPR... Aku tak mahu dedahkan mana laman web yang bersih buat kempen tu, bukan apa, aku tak nak bagi publisiti kepada mereka, cukuplah sekadar aku bagi tau laman web itu ada dalam pautan laman web bersih... Korang boleh baca sendiri bagai mana mereka sedang giat menghasut rakyat supaya membantah persempadanan yang dibuat oleh SPR sedangkan ahli-ahli parlimen pembangkang sudah mengakui yang persempadanan yang dibuat ol