Posts

Showing posts from November, 2015

PAN Selangor Akan Rampas Kerusi PAS...

Image
Menang sudah terang. Kehadiran parti PAN di selangor dan di seluruh negara hanyalah semata-mata untuk merampas kerusi PAS dan menggangu PAS... Tak pahayah nak berselindung lagi, PAS sebenarnya agak goyang dengan kehadiran PAN... Manakan tidak, boleh dikatakan banyak juga hardcore PAS yang menyertai PAN, penggerak-pengerak PAS dizaman reformasi dulu, kini semuanya berhijrah kepada PAN. mereka-mereka inilah yang mengerakan jentera PAS suatu ketika dulu, nak harapkan ahli-ahli asal PAS ketika itu? Menang tak bergerak la... Dalam majlis pelancaran parti PAN Selangor sabtu lepas, mat sabu mengatakan selangor adalah negeri tertinggi pendaftaran untuk menyertai PAN di ikuti kelantan dan johor. Ini sudah pasti menggoyangkan pemimpin-pemimpin PAS selangor...

Kemelut Kerajaan Kelantan. Husam Di Arah Tutup Mulut...

Image
Husam Musa dilarang membuat sebarang kenyataan kepada media sehingga dakwaannya terhadap kerajaan Kelantan dan pimpinan Pas selesai disiasat. Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata arahan itu bagi mengelak berlaku sebarang polemik antara kedua-dua pihak. Katanya, keputusan yang diambil itu juga telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. “Kita juga bersetuju bahawa perkara-perkara yang melibatkan urusan dalaman parti, kerajaan negeri dibuat menggunakan platform parti dan diselesai mengikut saluran parti serta tidak diviralkan kepada umum. “Kita juga bersetuju tidak akan ada sebarang kenyataan daripada beliau (Husam) dan kerajaan negeri yang boleh menimbulkan polemik,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut di sini, pada Isnin. Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata buat masa ini tidak ada sebarang tindakan lagi yang dibuat terhadap Husam. Beliau juga mengesahkan telah menerima dokumen dan bukti berhubung kenyataanya Husam itu. “Hari ini

AL-FATIHAH. Raja Muda Kedah Mangkat...

Image
Raja Muda Kedah, Tuanku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah, mangkat pada 1 pagi Ahad di wad Diraja Hospital Sultanah Bahiyah di sini akibat kegeringan. Menurut Timbalan Pengawal CCC Kedah, Inspektor Mohamad Hilmi Abdul Hamid, Tuanku Abdul Malik yang berusia 86 tahun mangkat akibat sakit tua dan jangkitan kuman pada paru-paru. Baginda diputerakan pada 24 September 1929 di Istana Anak Bukit, Alor Setar dan merupakan adik kepada yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah. Pada 21 September yang lalu, isteri baginda, Raja Puan Muda Kedah, Tengku Raudzah Sultan Hisamuddin Alam Shah, 86, mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar dan dimakamkan di Makan Diraja Langgar. Jenazah baginda kini disemayamkan di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit sebelum di makamkan di Makan Diraja Langgar yang dijangka petang Ahad. Sumber: MalaysiaNewsOnline

SERAM SABTU: Tahukah Anda Kenapa Penjara Pudu Di Tutup..???

Image
FAKTA YG MENGEJUTKAN!! Harus semua ambil iktibar... SEBAB2 KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP??!! Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali Kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pen

Raja Perlis Kesal Stesen TV Siar Banyak Program Melalaikan...

Image
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail melahirkan rasa kurang senang baginda mengenai program dan acara berunsurkan hiburan dan melalaikan yang lebih banyak disiarkan televisyen berbanding program agama.  Baginda bertitah walaupun program-program dan kelas penghayatan Islam banyak disiarkan di televisyen dan masjid-masjid, namun program hiburan yang keterlaluan lebih banyak disiarkan. "Saya berharap jabatan dan agensi agama Islam, para pemimpin masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan bersama-sama menggembleng tenaga dan usaha mengadakan lebih banyak program dan gerak kerja memperkasa akidah dan akhlak umat Islam negara ini. Sumber: TMI

Najib Kesal Pelajar Bunuh Diri Kerana SPM

Image
Najib Tun Razak menyampaikan rasa kesal dengan kejadian seorang pelajar Tingkatan Lima yang bunuh diri selepas tidak dapat menjawab kertas peperiksaan Matematik Tambahan Kertas 1, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau menyampaikan ucapan takziah kepada ibu bapa pelajar berkenaan dalam satu muat naik di laman sosial Facebook milik beliau. “Saya amat sedih membaca mengenai pelajar tingkatan 5 yang membunuh diri akibat kecewa tidak dapat menjawab soalan SPM. “Saya ucap takziah kepada ibu pelajar tersebut atas kehilangan anak tersayang. “Sebagai seorang bapa, saya berkongsi perasaan sedih keluarga mangsa. Meskipun penting, peperiksaan bukan segala-galanya. Perkara yang paling utama adalah ikatan kekeluargaan. “Saya harap Kementerian Pendidikan dan yang berkaitan memandang berat isu ini. Bantuan dari sudut bimbingan dan kaunseling perlu diperbanyakkan bagi menghindari kejadian sebegini daripada berlaku lagi,” tulis beliau. Menurut laporan, pelajar yang bersekolah di SMK Raja Abdullah

Nurul Izah Akan Ambil Tindakan Terhadap 2 Pemimpin Ini...

Image
Kata nurul izah, dia sedang berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan pemimpin termasuk Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar), dan (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengaitkan saya dengan perbuatan khianat ... Biasa la, bila dah kantoi mula la nak cover line balik, nak amik tindakan undang-undang la konon... Masa ko pi jumpe anak lanun tu, ko tak pikir pulak... Buat la izah oii... Aku nak tengok hebat mana sangat ko nie...

Pakatan Harapan Yakin Boleh Menang Tampa PAS...

Image
Pakatan Harapan boleh memenangi pilihan raya umum akan datang - dengan atau tanpa PAS - atas gelombang sentimen anti-Umno, kata seorang bekas pemimpin parti pemerintah itu.  Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, yang kini bersama PKR, berkata sentimen Asalkan Bukan Umno (ABU) masih menjadi faktor dalam pilihan raya akan datang. "Dalam pilihan raya umum lepas, kira-kira separuh daripada pengundi mengundi pembangkang, tidak semestinya kerana mereka mengundi pembangkang, tetapi mereka telah mengundi menolak BN.  "Masih ingat ABU? Saya pun kena la," katanya, merujuk kepada kekalahannya di kerusi Parlimen Temerloh kepada calon PAS, Nasruddin Hassan pada tahun 2013.  ABU adalah satu gerakan yang bermula pada tahun 2011, yang mana mesejnya ialah mana-mana parti lain, adalah lebih baik daripada Umno-BN dalam mentadbir negara.  Saifuddin keluar parti dan menyertai PKR pada 14 Oktober, selepas beliau diberi surat tunjuk sebab k

Kapal Pengawal Pantai Cina Ceroboh Negara Kita, Sampai Bila Kita Nak Diam...???

Image
Beting patinggi ali (loconia shoals) terletak kira-kira 84 batu nautika (155.6 kilometer) dari perairan miri sarawak... Ia adalah diantara salah satu daripada kawasan yang tercantik di dunia serta kaya dengan minyak dan gas asli yang ada di negara kita... Kawasan itu kini telah di cerobohi oleh kapal pengawal pantai negara cina, (china coast guard)... Pada bulan mei lepas, kita di kejutkan dengan pencerobohan kapal pengawal pantai cina ke kawasan itu, bukan setakat mereka ceroboh perairan negara kita, malah mereka menghalau nelayan-nelayan kita yang menangkap ikan di kawasan itu... Kejadian ini di sahkan oleh pengerusi persatuan nelayan kawasan miri, jamali basri... Insiden pencerobohan itu di sahkan sendiri oleh menteri di jabatan perdana menteri, shahidan kasim, apa bila dia sendiri pergi melawat kawasan itu pada bulan jun lepas dan nampak kapal pengawal pantai cina ada di situ... Soalnya sekarang, kenapa bergitu mudah kapal pengawal pantai ci

Penyumbang Tarik Diri Hanya Sementara - YaPEIM

Image
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yakin tindakan kira-kira 3,000 penyumbang dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) yang menarik diri daripada menyumbang kepada yayasan berkenaan haya bersifat sementara. Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM Datuk Abibullah Samsudin berkata, pihaknya akan memberi penjelasan kepada para penyumbang supaya mereka kembali menyumbang kepada yayasan berkenaan selepas dakwaan mengenai penyelewengan dana dibuktikan tidak benar. “Saya yakin pemberhentian (sumbangan dana) ini adalah pemberhentian yang bersifat sementara sehingga mereka benar-benar yakin ini adalah fitnah dan mereka akan (kembali) meneruskan sumbangan kepada YaPEIM. “Kita akan hantar kenyataan akhbar dari semasa ke semasa supaya mereka akhirnya akan memahami perkara sebenar yang sedang berlaku,” katanya kepada Bernama di Kota Bharu. Buat masa ini, YaPEIM direkodkan mempunyai kira-kira 5,000 penyumbang dana di bawah dana Amal Jariah yang menyumba

Tian Cuak Tak Tahu Binatang Yang Di Budukung Itu Adalah Kambing...

Image
Jika hari tu, nurul izah mengatakan yang dia tak kenal pompuan yang bergambar dengan dia tu adalah anak kepada ketua lanun sulu iaitu, jacel kiram... rujuk keratan the star di bawah Hari ini sekali lagi pemimpin pkr buat lawak bodoh... Tian cuak mengatakan yang dia tak tahu binatang yang dia dukung itu adalah kambing... Katanya, saya tak kenal dia, dia nak bergambar, so kami pun bergambar la...

VIDEO: Cuba Rogol Gadis Melayu, 3 Lelaki India Di Belasah...

Image
Menurut sumber, 3 lelaki india ini di belasah oleh sekumpulan lelaki india yang lain kerana 3 lelaki itu cuba merogol seorang gadis melayu... Kejadian dikatakan berlaku di kajang, selangor... Ada sesiapa boleh sahkan kejadian ini...??? Sumber: Klik sini

YaPEIM Sudah Kenal Pasti Individu Yang Bocorkan Maklumat...

Image
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) hampir mengenal pasti pihak yang telah membocorkan dokumen sehingga menimbulkan pelbagai dakwaan dan fitnah disebabkan maklumat yang tidak lengkap. Ketua Pengarah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim, Datuk Abibullah Samsudin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan perbuatan tersebut dilakukan oleh orang dalam yayasan itu sendiri di samping ‘unsur-unsur luar’. Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu. “Kalau saya sebutkan (secara mendalam) akan mengganggu siasatan polis dan kita sedang buat siasatan dalaman dan sedang mencari punca daripada mana perkara ini berlaku. “Ada sedikit keyakinan maklumat ini daripada dalam dan sedikit daripada unsur-unsur luar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi penerangan tertutup anjuran Majlis Profesional Kelantan di sini, hari ini. Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Lembaga

Malaysia Tawar Pelabuhan Kota Kinabalu Kepada Navy Negara China...

Image
Malaysia bersetuju menawarkan pelabuhan Kota Kinabalu, Sabah bagi digunakan tentera laut People's Liberation Army (PLA) pada 10 November lalu, walaupun sentiasa curiga dengan aktiviti kuasa besar Asia itu di Kepulauan Spratly, lapor akhbar Singapura. Menurut laporan The Straits Times (ST), kebenaran itu diberikan Putrajaya bagi mengekalkan pendirian neutral selepas tentera laut Amerika Syarikat (AS) menggunakan pelabuhan sama seminggu sebelum tawaran kepada China dibuat Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM). Tentera laut AS sebelum ini menggunakan pelabuhan itu selepas selesai membuat rondaan 12 batu nautika dari kawasan Terumbu Subi. "Ia tawaran sama yang dibuat kepada USN (United States Navy) bagi menunjukkan kita tidak berpihak," kata Laksamana TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar kepada ST. Menurut Aziz, PLA maklum akan tawaran itu, namun belum memberitahu pihaknya tarikh sebenar kapal mereka akan singgah berlabuh. China dan AS mutakhir ini rancak memp

Pergi Mampos Penduduk Shah Alam, Duit 552 Juta Tu Bawak Masuk Kubur...

Image
Sehingga semalam, tiada sebarang langkah dari kerajaan negeri untuk mengatasi masaalah banjir di shah alam dan di beberapa kawasan di selangor... Longkang-longkang masih lagi tersumbat, tiada terlihat kontraktor atau pekerja pbt membersihkan longkang dan parit... Macam biasa kerajaan selangor akan menunding jari kepada kerajaan persekutuan... Padahal, longkang dan parit di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan pbt... Penduduk shah alam sudah fobia bila melihat cuaca mendung, ada sesetengah orang terpaksa meminta pulang awal kerana takut terperangkap dalam banjir kilat ciptaan kerajaan negeri... Terima kasih menteri besar selangor, duit kerajaan sebanyak RM 552 juta tu nak bawak masuk kubur ke...?

Serius Lawak, Tian Cuak Dan Nurul Izah Tak Kenal Siapa Jacel...

Image
Kata tian cuak, dia dan nurul izah tak kenal siapa jacel tu... Orang mintak bergambar jadi mereka pun bergambar la... Kikikikiki.... lawak sungguh tian cuak nie... Muka jacel tu terpampang di mana-mana sahaja masa insiden lahad datu... Kamu still boleh kata kamu tak kenal siapa jacel.... Adehhh... sakit perot aku la... Apa spisis pemimpin bodoh la yang pengundi kawasan batu dan lembah pantai dapat ni...

Pertemuan Izah Dengan Anak Lanun Sulu, PKR Lepas Tangan...

Image
Kata latipah koya, setiausaha agung pkr, rafizi ramli tidak tahu yang izah ada buat pertemuan dengan anak lanun sulu jacel kiram, menurut rafizi, pertemuan itu bukan di atur oleh pkr.... Malah ketika pertemuan itu di adakan, dikatakan tian chua juga turun bersama-sama izah ketika itu, tetapi sehingga kini tian chua tak mahu memberi apa-apa komen mengenai pertemuan itu... rujuk sini Kata nik nazmi pula, izah pergi ke filipina untuk berjumpa dengan ketua-ketua masyarakat di sana untuk meraih sokongan untuk kempen pembebasan anwar... rujuk sini Lucu jugak kenyataan nik nazmi tu, apa yang boleh jacel anak si lanun sulu tu boleh buat kalau dia bagi sokongan pon, bapa dia bukan seorang pembesar negara, hidup bapa dia ibarat kais pagi makan pagi, jamalul kiram bukan lah orang besar di sulu atau di mindano... Jamalul kiram hanyalah seorang manusia yang gila nak jadi sultan, sama tarafnya dengan orang yang mangaku dirinya sultan melaka... Apa pula hak pemimpin masyarak

Banyak Perkara Yang Kita Tidak Tahu Mengenai YaPEIM...

Image
Banyak di antara kita yang pernah dengar nama YaPEIM ni, tapi banyak yang tak tahu apa fungsi yapeim dan apa produk-produk mereka... Bila budak sengal tu fitnah pasal yapeim, kita pun dok melalak mengiya kan apa yang budak sengal tu cakap tampa mengkaji dulu... Di sini aku senaraikan beberapa antar produk dan kerja buat yapeim bagi membantu umat Islam di negara ini... 

Cerita Dua Tahun Dulu: Siapa Yang Kirim Syiling 50 Sen Kepada Lanun Sulu Jamalul Kiram...?

Image
Ingat tak lagi satu peristiwa yang cukup menggemparkan, seorang budak kecik yang bermain-main di depan rumah kepala lanun sulu, jamalul kiram di beri syiling 50 sen malaysia? peristiwa itu berlaku kira-kira 2 tahun lepas sewaktu insiden lahad datu tengah panas... Ini lanjutan cerita pasal syiling 50 sen itu... "..A young boy explains to media how passengers of a black car gave him Malaysian 50 cent coins and took pictures of the house of Sulu Sultan Jamalul Kiram III, in Maharlika Village, Taguig City, south of Manila, on 7 March 2013" Kisah ni gempar jugak.. kita gempar di Malaysia ni.. korang tak fikir Kiram. Terkencing ketakutan sampai minta bantuan Polis Filipina untuk guard rumah dia. Mana pergi 10,000 askar dia aku pun tak tau. Banyak blog tulis kisah ni tapi so far takde yang detail. Jadi MMP dapatkan sendiri ceritanya dari tuan punya badan. Maka dapat lah saya korek cerita ni. Nama di rahsiakan ofcoz tapi beliau perkenalkan diri sebagai Sam.. aduih aku

Macam Biasa, Bila Dah Kena Saman, Mula Kata "Saya Hanya Bergurau"

Image
Puas kamu fitnah jamil khir, kemudian kamu kata itu hanya gurauan... Kepala atuk kamu... Gurau tau gurau... Saman tetap saman... Mulut bangkai macam nie kita tak boleh bagi chan...

Anak Puaka Jumpa Anak Lanun Sulu Untuk Minta Bantuan...???

Image
Patutlah selama ini, pkr tak pernah mengutuk serangan lanun sulu yang telah mengorbankan 10 orang anggota keselamatan kita... Malah pkr pula menuduh serangan itu sebagai satu sandiwara politik... Rupa-rupanya memang benar, di antara lanun sulu dan pkr sudah ada tali persahabatan... Mungkin benar juga cerita-cerita yang aku dengar dulu, pejabat di tropicana banyak membantu keluarga kiram, terutama anak perempuan lanun tu, pejabat di tropicana pernah menjaga akaun twitter anak perempuan lanun tu... rujuk sini . Selama ini mereka nafikan, mereka kata, mereka tiada kaitan dengan lanun sulu itu... Tapi dah Allah tu nak tunjuk, nah ari nie, segalanya sudah nyata, anak puaka dan anak kiram bersahabat baik... Anak puaka telah pergi berjumpa dengan anak kiram untuk meminta bantuan suapaya anwar di bebaskan... Minta bantuan anak kiram...? Minta bantuan dari segi apa? nak kata keluarga lanun sulu nie bilionare tak juga, jadi pergi jumpa anak lanun sulu buat apa?

Kerajaan Pulau Pinang Pecat Ahli PAS Yang Pegang Jawatan JKKK

Image
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang YB Dato' Haji Mohd Rashid Hasnon berkata hari ini menjelaskan bahawa ahli PAS yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) yang baru-baru ini melepaskan jawatan mereka sebenarnya dipecat.   Katanya, JKKK dari kawasan pilihan raya yang ditandingi oleh PAS ditamatkan perkhidmatan mereka bulan lalu dan diminta mengosongkan jawatan masing-masing.  Beliau berkata hanya pengerusi dan setiausaha JKKK yang dipegang oleh ahli PAS diminta supaya berundur.   "Jawatan mereka akan digantikan dengan ahli Parti Amanah Negara (AMANAH)," kata Rashid. Rashid berkata langkah itu dibuat selepas kerajaan negeri mengumumkan ia kini diterajui oleh kerajaan Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan AMANAH.   PAS diketepikan daripada gabungan baru yang dilancarkan pada 23 September lalu selepas parti itu menerima cadangan oleh perwakilannya pada muktamar tahunan supaya memutuskan hubungan dengan DAP.

VIDEO: Peranan NOW Ialah Bantu Kafir Harbi Jahanamkan Ekonomi Umat Islam...

Image
Kacau dan dan fitnah YAPIEM untuk menjahanamkan ekonomi umat Islam... Bila ekonomi umat Islam hancur, senanglah untuk si kafir harbi nie bodohkan umat Islam... Nampak tak apa peranan NOW sebenarnya...

Akmal NOW Sudah Goyang. Jamil Khir Sudah Bagi Surat Saman.

Image
Apa mau cerita lagi akmal. Cerita dalam mahkamah je la... Lepas ni jangan pulak kau ikut perangai boss kau tu ye kata "saya hanya melawak"... Ini kali takda lawak-lawak lagi dah... Kau fitnah orang, kau tanggung la...

NOW Gunakan Modius Operandi " Fitnah Dulu Kemudian Minta Maaf"

Image
NOW hanya gunakan modius operandi yang biasa di gunakan oleh pemimpin- pemimpin pkr, seperti nurul izah, tian chua, rafizi dan lain... Fitnah dulu akan datang minta maaf... Kelmarin now pergi buat laporan polis, kononnya ada penyelewengan dalam Yapeim, tetapi malangnya laporan polis yang di jangka boleh meletup itu menjadi kepada pop kuiz... Ia berakhir dengan soalan-soalan, mengapa, benarkah dan bagaimana... Adehh... Aku ingat budak mckk nie hebat sangat, rupanya lebih kurang sama lembiknya juga macam rafizi... Kelmarin now pergi ke balai polis dengan gagahnya untuk buat laporan polis, aleh-aleh laporan polis menjadi pop kuiz, 7 soalan yang di kemukakan oleh now boleh memeningkan kepala polis untuk buat siasatan, sepatutnya now mengemukakan bukti-bukti kukuh setiap pertuduhan mereka terhadap yapeim bukan dengan mengemukakan soalan... Apa pun, now bukanlah satu ngo yang ada kredibiliti seperti yang di kompangkan oleh penyokong-penyokong mereka, sebaliknya now a

Mari Kenali Kumpulan G25...

Image
G25 ialah kumpulan orang pencen mahukan perhatian. Semasa mereka berkhidmat dengan kerajaan, nama-nama yang menyertai G25 terlibat dalam meluluskan IPP yang menyebabkan kerajaan kerugian berbillion ringgit saban tahun. Malah, Dato’ Farida Ariffin juga gagal menjalankan tanggungjawabnya mempertahankan Kedaulatan Negara sehingga Pulau Batu Puteh terlepas ke tangan Singapura. Ada laporan yang menyatakan bahawa bahan bukti bergambar yang digunakan pasukan Farida ialah foto palsu yang dimuatturun dari internet. G25 ialah sekumpulan manusia Gagalis. Gagal dalam banyak tugasan yang pernah diberikan kepada mereka semasa mereka seharusnya memperkasakan Kerajaan dari dalam. Kini, mereka di luar, berlagak seperti hero. Seperti pepatah Melayu, ibarat Ketam Batu mengajar anaknya jalan betul. Kini mereka cuba pula menjadi hero dan heroine tercandu perhatian yang sangat diperlukan mereka. Dalam temuduga bersama Malaysian Insider, Tawfik Ismail, anak Allahyarham Tun Dr Ismail, belia

Harussani Suruh Ambil Tindakan Terhadap Alvin, Soalnya Berani Ke Kerajaan...???

Image
Tindakan biadab Alvin Tan yang kerap kali menghina agama Islam sebagai agama Persekutuan di Malaysia seperti yang disebut perlembagaan tidak lagi boleh dibiarkan. Terbaru, Alvin memuat naik gambar di Facebook menggunakan keratan kertas ayat suci al-Quran untuk membuang najis dan menyatakan membaca Al-Quran di dalam tandas adalah hobinya. Susulan itu, Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menggesa pihak kerajaan untuk mengambil tindakan segera terhadap Alvin. Katanya, tindakan Alvin itu merupakan penghinaan terbesar dan umat Islam tidak boleh berdiam diri lagi berhubung isu ini. “Sampai bila kita nak diam orang macam ni hina agama kita? Itu adalah perangai yang tidak ada adab, agama lain perlu hormati agama Islam dan dalam Islam sendiri pun melarang kita menghina agama lain. “Kerajaan, mahupun Pengarah Jabatan Agama Negeri yang dimana tempat Alvin duduki atau penduduk di kawasan dia duduk sendiri kena buat laporan polis, baru tindakan boleh diambil,” katanya mem

Lepas 2016 Tiada Lagi Air Percuma Untuk Rakyat Selangor...??

Image
Skim pemberian air percuma kepada rakyat Selangor bagi 2017 dan tahun seterusnya, bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan negeri, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali. Beliau berkata ia berikutan skim yang diperkenalkan sejak 2008 itu membabitkan jumlah peruntukan besar. “Untuk 2016 kita akan teruskan (skim air percuma) seperti yang kita umumkan dalam bajet sebelum ini kerana kita telah pun memperuntukkan RM170 juta bagi tujuan itu. “Bagaimanapun untuk tahun seterusnya (selepas 2016) kita akan lihat kemampuan kerajaan negeri memandangkan kos untuk skim itu, agak tinggi,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini... Sebenarnya tiada pemberian air percuma di selangor, yang kerajaan selangor bagi tu hanyalah subsidi 20 milileter padu, pakai lebih kena charge, logiknya mana ada rumah yang pakai kurang atau ngam-ngam 20 milileter padu tu... Istilah percuma ialah, pakai free flow, syabas tak hantar bill, itu baru dinamakan air percuma

Wabak Husam Sedang Melanda Kelantan...

Image
Selepas banjir besar melanda Kelantan pada penghujung tahun 2014 yang telah memusnahkan banyak harta benda dan kemudahan awan, namun alhamdulillah tidak ada jiwa yang menjadi mangsa, nampaknya dipenghujung tahun 2015 ini Kelantan bakal ditimpa musibah lagi yang kesannya barangkali boleh menghanyutkan sebuah negeri. Fenomena Husam yang mula bertiup di Kelantan sekarang telah bertukar menjadi wabak, hampir semua golongan dari semua peringkat masyarakat telah terkesan dengan wabak ini, bahkan ada yang sudah menggila kerananya. Saya meramalkan wabak ini sudah sukar dibendung, bahkan kesannya dibimbangi melebihi musibah banjir besar sehingga boleh membawa kepada kecederaan dan kehilangan nyawa. Wabak ini hanya boleh dikawal sedikit barangkali secara: 1. Sebagai Adun Salor, Kerajaan Kelantan hendaklah menyaman Husam kerana mendedahkan rahsia kerajaan kepada umum atau telah menfitnah kerajaan yang Husam adalah sebahagian daripadanya, jika kerajaan gagal atau tidak berbuat sedem

Tanah Rizab Melayu 10,265 Ekar Telah Lesap Di Selangor...

Image
Tanah rizab melayu seluas 10, 265 ekar telah lesap di selangor, kemana perginya tanah rizab melayu itu? Mb kata dia dah ganti balik, tapi bila di tanya dalam dewan, dia tak berani bagi detail kat mana dan di mana tanah yang dia ganti tu... ng suee lim minta tanah di bagan nakhoda omar di beri pada cina, dengan alasan cina dah duduk situ dari awal merdeka, abis orang melayu yang duduk di selangor sebelum cina datang macam mana pulak? Habis la melayu selangor, tanah kamu makin lama makin hilang, sudahnya orang melayu selangor hanya tinggal spander je...

Bukit Aman Dedahkan Penyebar Agama Kristian Menyamar Jadi Muslim...

Image
Bukit Aman mendedahkan terdapat penyebar dakyah Kristian yang menyamar seperti orang Muslim untuk mempengaruhi umat Islam di negara ini mengikut agama itu. Pendedahan itu dibuat oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial, Cawangan Khas Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Awaluddin Jadid, semalam. Beliau turut mendedahkan sekarang ini banyak Tadika yang namanya kelihatan seperti Islam, tetapi secara realitinya bertujuan menyebarkan dakyah Kristian. Berucap pada Seminar Pendedahan Ancaman Rencana Kristianisasi (SPARK) di Gombak, beliau berkata, tindakan menyembunyikan identiti mereka yang sebenar oleh penyebar dakyah Kristian menjadi satu ancaman utama kepada umat Islam di negara ini. Beliau berkata, cara mereka menjalankan gerakan itu ternyata memberi kekeliruan kepada umat Islam dengan watak penyamaran yang menyerupai seorang Muslim sejati. “Banyak modus operandi yang mereka gunakan contohnya memberi makanan, bantuan khidmat bencana alam, bant

Demi Menyelamatkan Kerajaan Islam Kelantan, Amanah Sedia Ganti PAS - Mat Sabu

Image
Parti Amanah Negara (AMANAH) bersedia menggantikan PAS mentadbir kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata presidennya Mohamad Sabu.  Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata langkah itu diambil bagi "menyelamatkan" kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.  "Bagaimanapun, kita lihat dulu sokongan (yang diterima AMANAH). Kalau sambutan dan sokongan itu begitu hebat, kita akan bincang pada waktu itu (untuk bertanding di Kelantan)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan ceramah di Kampung Padang Embun di Pasir Mas, malam semalam.  Mat Sabu berkata pada masa ini, AMANAH akan memberi fokus kepada penambahan anggota di seluruh negara dan belum membincangkan secara lanjut mengenai kerusi yang akan ditandingi parti itu dengan DAP dan PKR.  "Sekarang hal PRU14 kita tak bincang lagi di negeri atau tempat mana, melainkan (Pilihan Raya Negeri) di Sarawak... kami akan

Ridhuan Tee Dedahkan Strategi Jahat Kristian Menyamar Jadi Muslim...

Image
Tindakan penyebar dakyah Kristian yang menyamar seperti orang Muslim untuk mempengaruhi umat Islam di negara ini supaya mengikut agama mereka boleh disifatkan sebagai satu strategi yang  jahat. Bercakap perkara itu pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee berkata perkara ini sebenarnya sudah lama berlaku, namun mereka  nafikan. “Dahulu bila saya kata kita perlu menyamar untuk masuk gereja, saya dikutuk hebat oleh ultra kiasu. “Sekarang mereka sendiri yang menyamar jadi orang Islam, nampak tak hipokritnya mereka ini,” katanya ketika dihubungi Ismaweb hari ini. Semalam, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial, Cawangan Khas Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Awaluddin Jadid mendedahkan bahawa terdapat pendakyah Kristian menyembunyikan identiti mereka untuk mengelirukan umat Islam. Malahan terdapat juga tadika yang namanya kelihatan seperti Islam, tetapi secara realitinya bertujuan menyebarkan dakyah Kristian. “Banyak modus operandi yang mere

Husam Dedahkan Perancangan Hadi Untuk Tarik 2-3 Adun PKR Masuk PAS...

Image
Lihat pada minit 2.47, husam dedahkan yang hadi awang telah merancang untuk menarik 2-3 orang adun pkr selangor untuk menyertai pas dan seterusnya akan bergabung dengan umno di selangor untuk menubuhkan kerajaan campuran umno-pas...

Kelantan Akan Jadi Negeri Pertama Tukar Kerajaan Sebelum PRU 14...

Image
Cabaran Mat Sabu di akhir ceramahnya agak menarik: Dato' Husam Musa mesti di hadapkan kepada Jawatankuasa Disiplin parti...ataupun Kerajaan kena dakwa dia di mahkamah, kalau dia melakukan fitnah. Kalau tidak melakukan kedua-duanya, atau salah satu, bermakna rakyat Kelantan berada dalam keadaan kecelaruan... Kalau itu berlaku, maka kelantan adalah negeri pertama bertukar kerajaan sebelum pru14... Sumber: Klik sini .

Dengan Hanya Bermodal RM1, DEIG Boleh Buat Pinjaman RM 500 Juta...

Image
Hebat tubuh syarikat, modal satu hingget, tapi boleh dan nak apply loan sampai rm 500 juta... Mana lagi la tanah negeri selangor yang puak-puak nie nak gadai dekat bank... Ikuti pendedahan ini...

Kerajaan Selangor Pungut Hasil LENDIR, Kemudian Bagi Pada Rakyat...

Image
Kerajaan selangor tak mahu meminda enakmen hiburan negeri... Kerajaan selangor sengaja membiarkan pusat-pusat hiburan tumbuh subur... Kenapa kerajaan negeri tak mahu pinda enakmen pusat hiburan...??? Kaut hasil lendir kemudian bagi pada rakyat selangor....

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Jalan Duta. Berhantu???

Image
1. Hari ni sya kesana menemani seorg hamba Allah utk membuat Pengesahan Lafaz Cerai. 2. Makhamah Syariah yg tersergam indah ini hanya menambah mimpi ngeri bagi semua para isteri yg dtg dgn pelbagai tuntutan berkaitan rumahtangga..nafkah..hak penjagaan anak, tuntutan nafkah.tuntutan harta sepencarian dan sebagainya.. 3. Bayangkan utk sampai kesini bas awam x ada..si isteri yg dtg pulak jenis x ada duit..tidak di beri nafkah ditinggalkan buta2 oleh si suami..datang terpaksa naik teksi.contohnya lah..Ya lah siapa nk mengantar..adik beradik dah tentu bekerja 4. Oleh kerana dia kenalan lama sya menolongnya secara ikhlas.. kerana sya berharap dia jga mendapat hak yg di nafikan oleh pihak suami.Masaalahnya pun dah puluhan tahun..tabik jgak saya pd dia dek kesabaran yg tinggi..mampu menyara 6 org ank .Memikul 2 tanggungjawap sebagai bapa dan ibu.alang2 mental juga di buatnya. 5. Masaalah status jga perkara yg sgt penting dlm kehidupan sekarang..nak di letak sebagai ibu tung